Thursday, March 4, 2010

Penubuhan Persatuan Kebudayaan dan Warisan Rungus Sabah 2010

Nama persatuan ini ialah "Sabah Rungus Cultural and Heritage Association" atau nama ringkasnya "sarucha". Dalam Bahasa Malaysia ia disebut sebagai "Persatuan kebudayaan dan warisan Rungus Sabah". Penubuhan persatuan ini adalah diilhamkan oleh golongan profesional,mantan ahli Yang Berhormat dari suku Kaum Rungus, golongan ahli pemikir kaum Rungus, golongan veteran pemimpin agama dan politik Rungus dan tidak melupakan sumbangan idea daripada golongan muda yang profesional, separuh profesional serta telah mengambil kira semua pandangan segenap lapisan masyarakat suku kaum Rungus. Dan adalah menjadi hasrat persatuan bahawa setiap bidang kebudayaan dan warisan yang berhubung kait dengan suku kaum Rungus akan di dokumentsaikan agar ianya menjadi ingatan dan bakal bercambah sebagai bahan kajian yang lebih ilmiah dan seterusnya menjadi khazanah yang amat berharga demi masa depan suku kaum Rungus.

Antara objektif penubuhan "SARUCHA" ialah untuk memelihara kebudayaan dan warisan suku kaum Rungus yang semakin pupus akibat daripada ledakan persaingan budaya dan warisan yang ada kini. Justeru itu melalui persatuan ini maka akan dipersembahkan kepada seluruh lapisan masyarakat agar kesemua kebudayaan dan warisan dapat dipupuk sebagai titiktolak kita untuk menjadi masyarakat yang berdaya saing dan maju dalam semua bidang yang diceburi.

Persatuan ini dalam proses untuk didaftarkan dan adalah menjadi harapan ianya berkembang dengan cepat setelah pendaftarannya diluluskan oleh pihak ROS. Pada kesempatan akan datang saya akan paparkan barisan pemimpin "SARUCHA"

Salam 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Dari James Umbigat, Ketua Penerangan(Penaja) SARUCHA.