Thursday, March 4, 2010

Penubuhan Persatuan Kebudayaan dan Warisan Rungus Sabah 2010

Nama persatuan ini ialah "Sabah Rungus Cultural and Heritage Association" atau nama ringkasnya "sarucha". Dalam Bahasa Malaysia ia disebut sebagai "Persatuan kebudayaan dan warisan Rungus Sabah". Penubuhan persatuan ini adalah diilhamkan oleh golongan profesional,mantan ahli Yang Berhormat dari suku Kaum Rungus, golongan ahli pemikir kaum Rungus, golongan veteran pemimpin agama dan politik Rungus dan tidak melupakan sumbangan idea daripada golongan muda yang profesional, separuh profesional serta telah mengambil kira semua pandangan segenap lapisan masyarakat suku kaum Rungus. Dan adalah menjadi hasrat persatuan bahawa setiap bidang kebudayaan dan warisan yang berhubung kait dengan suku kaum Rungus akan di dokumentsaikan agar ianya menjadi ingatan dan bakal bercambah sebagai bahan kajian yang lebih ilmiah dan seterusnya menjadi khazanah yang amat berharga demi masa depan suku kaum Rungus.

Antara objektif penubuhan "SARUCHA" ialah untuk memelihara kebudayaan dan warisan suku kaum Rungus yang semakin pupus akibat daripada ledakan persaingan budaya dan warisan yang ada kini. Justeru itu melalui persatuan ini maka akan dipersembahkan kepada seluruh lapisan masyarakat agar kesemua kebudayaan dan warisan dapat dipupuk sebagai titiktolak kita untuk menjadi masyarakat yang berdaya saing dan maju dalam semua bidang yang diceburi.

Persatuan ini dalam proses untuk didaftarkan dan adalah menjadi harapan ianya berkembang dengan cepat setelah pendaftarannya diluluskan oleh pihak ROS. Pada kesempatan akan datang saya akan paparkan barisan pemimpin "SARUCHA"

Salam 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Dari James Umbigat, Ketua Penerangan(Penaja) SARUCHA.

6 comments:

  1. Tahniah atas penubuhan bakal penggerak generasi bangsa Rungus ini. Harapan sy persatuan ini dapat mewarnai kembali impian anak2 muda seperi golongan kami melihat terus budaya serta warisan Rungus terpelihara jati dirinya.. Kopiondusan om kounsapatan. Tidak sabar utk melihat siapa barisan pemimpin SARUCHA ini..

    ReplyDelete
  2. sepertinya ni xda perkembangan. matlamatnya baik dan bagi diri sy sarucha perlukan sokongan kuat dari suku kaum ini. sekarang ini pun budaya rungus khas tarian tradisi pun sudah diperkenalkan diperingkat antara bangsa, yg sedihnya bukan oleh anak jati kaum rungus sendiri. apa komen anda.

    ReplyDelete
  3. halloo boleh saya dapatkan no HP presidin kumpulan kemurang kah en jabilin garim

    ReplyDelete
  4. saya minta tolong juga kalau ada no tel kumpulan kudat folklore assoctation (KUFA)

    ReplyDelete
  5. SAYA INGIN MEMAKLUMKAN

    Salam Sejahtera,

    Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung CIOFF Malaysia Tahun 2020 dicadangkan diadakan antara tarikh 20 hingga 22 November 2020. Mesyuarat Agung kali ini akan diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu, Bagi melayakkan Tuan/Puan membuat undian, Tuan/Puan diminta membuat bayaran yuran sebelum atau pada hari mesyuarat agung diadakan walaupun di dalam invoice yang dilampirkan bersama ini tarikh akhir bayaran yuran diberi masa sehingga 31 Disember 2020.

    Untuk makluman tuan/puan jua, tahun 2020 merupakan Ulangtahun ke 50 CIOFF. Bagi meriahkan Ulangtahun ke 50 CIOFF, CIOFF Malaysia mencadangkan untuk mengadakan aktiviti suai kenal bersama ahli-ahli CIOFF dengan mengadakan jamuan makan malam dan persembahan daripada kalangan ahli kumpulan CIOFF Malaysia. Vanue untuk mengadakan Mesyuarat Agung dan Majlis Makan Malam & Suai Kenal ahli CIOFF Malaysia masih belum dapat dipastikan lagi. Semua urusan semasa program berlangsung akan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

    CIOFF Malaysia akan memaklumkan Tuan/Puan dari semasa ke semasa mengenai perkara ini.

    Kerjasama dan keperihatinan Tuan/Puan amatlah diharapkan supaya program yang julung kali diadakan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya..


    Sekian, terima kasih.


    RAJA NOR SHEELA RAJA AZIDDIN
    Setiausaha Agung
    CIOFF Malaysia

    ReplyDelete
  6. TOLONG HUBUNGI SAYA SUHAIMI MAGI 01140122518...UNTUK MENGETAHUI STATUS KEHADIRAN PERSATUAN TUAN DI MESYUARAT AGUNG CIOFF NANTI

    ReplyDelete